Want your
own Fotopage?







 
tun's FotoPage

By: tun biyajid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Friday, 17-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
33 years in Telekom

1973-KAT JLN MSK KE-TTC.BERDIRI KANAN SEKALI-TGH POSING MAUT.
1973-DALAM TTC,BERSAMA KAWAN2 DARI JOHOR
1973-DEPAN JABATAN UKOR.3 DARI KANAN-KEMBAR TOM CRUISE
1973-DIDEPAN HOSTEL BERSAMA KAWAN2 DARI-JOHOR
1973-MASIH DIDEPAN HOSTEL
1973-TEMPAT KITA TENGOK KEDUDOKAN BGN2 DITTC
1973-KAMI BARU BALEK DARI CHOW KIT.SEMUANYA BELI SPEK HITAM
1973-ON THE WAY KE-KELAS.2 DARI KIRI-DRUMMER "SCORPIONS"
1973-DALAM BILEK HOSTEL DGN IDRIS SULAIMAN.
View all 41 photos...
Assalammualaikom sahabat2 semua,
Sedar-sedar dah pun 33 tahun saya di-Telekom.Berbagai peristiwa yang manis2,yg pahit2,yang masam2,yang kelat2...boleh katakan semua adalah.
Saya report duty dengan Mr.Jayam(TA).di-Step by Step(Tkt.1)Ibusawat Cockman pada 1hb.NOVEMBER.1972.(MASA TU DIPANGGIL JABATAN TALIKOM).Tak salah saya 13 orang Juruteknik semuanya.Dah tak berapa ingat nama2 mereka,tapi yang saya ingat:MD.NOR HARUN,HARRIS AWANG(dia ni report duty awal sikit pada kami),CHE LAH,MALIK SPAYAN,BADARUDDIN,YUSRI YATIM(dah tak ada kat Telekom)THONG KIM FAH,LIONEL NATHAN(dibuang kerja-tindakan disipilin),HAJI SULEMAN(Alah...yg double barrel tu)dan TALIB.
KERJA SAYA MASA TU IA-LAH MENCUCI UNISELECTOR DI-EXCH STEP BY STEP.MASA TU DALAM EXCH ADA-CHE LAH,BADARUDDIN,HARRIS,KAK ZALEHA DAN RAMAI LAGI.DALAM BULAN JANUARI.1973 KAMI SEMUA KENA PERGI KURSUS 801A DI-TTC(TELECOM TRAINING CENTRE)MASA TU KAT JALAN GURNEY.BALEK DARI TTC KAMI DISEPARATEKAN.ADA YANG KE-EXCH.ADA YANG KE-O/H/,U/G MTCE DI-JALAN KELAB.BIASALAH KERJA KAT O/H CONSTRUCTION-TANAM TIANG DAN TARIK PVC WIRE.TAHUN 1974 SAYA KE-U/G.DISTRIBUTE GANG2 UNTUK KERJA MENYAMBUNG KEBEL2(EAST SIDE & D SIDE)DI-SEKITAR PEKAN IPOH.MASA TU ACT IALAH ENCIK HASHIM HAWARI(ALLAHYARHAM).
1974-SAYA BERPINDAH KEBAHAGIAN PLANNING.KEBANYAKAN DARI KAWAN2 DI-PLANNING RASANYA DAH PENCEN.YANG SAYA INGAT ARIP MAT LAMIN,ABG TAIB,MOKHTAR,HUSAINI,KOK KHOON,NAIL AZIZI,RASHID DAN LAIN2.MASA TU JAGA PLANNING DI-SELUROH KAWASAN PERAK,MEMANG BESTLAH,KEJAP2 OUT-STATION.
1975-MASUK U/G MTCE SEKEJAP,KERJA DENGAN MR.VYTHILIMGAM(S/G).OFFICEMATE MASA TU-JAAFAR DEWA,ZAINAL MUJI,TAHIRUDDIN DAN AZMI AMRAN.
1978-MASUK LUAR BANDAR.MASA TU ACT KAMI ENCIK ISMAIL NORDIN.OFFICEMATE MASA TU:MANAF SAID,YUSOF ISMAIL(orang panggil Yusof janggut),AMIR ADNAN(sekarang ada kat Butterworth),ABDUL AZIZ(SP kat Penang),ROZUKI,BAHARUDDIN DAN JAAFAR(Sr0ekarang ada kat Jengka,Pahang).
1983-DAPAT SPECIAL GRADE-KENA PERGI KE-KUALA LUMPUR.1991-BALEK BALEK IPOH(MINTA TUKAR)LAPUR DIRI PADA CIK HANUM SARA DI-BATU GAJAH.LEPAS TU KERJA KAT TASEK.MASATU MANAGER IALAH;ENCIK HALIM RAZAK,DAN ACT SAYA ENCIK WAZIR AWANG.OFFICEMATE:HJ.SULEMAN,LATIP BIDIN,YAAKOB,ZAMANI DAN LAIN2.
1999-DAPAT MS-BERPINDAH BALEK KE-TENGAH,KECYBERJAYA.
2005-RESTRUCTURE SEMULA.KAMI DI-CENTRALISE-KAN DI-BAHAGIAN ACTION CENTRE SERDANG.SAMPAI LAH SEKARANG.OOHHH!!!!! PENAT JUGA NAK CERITA KAT ENKORANG.
SAYA SERTAKAN GAMBAR DOLU-DOLU UNTUK DIJADIKAN KENANGAN.TERIMA KASIH.KALAU NAK KOMEN TENTANG GAMBAR2 TU KOMENLAH..........


Wah! Along baru je nak belajar berjalan Pak Anjang dah buat kerja ICT. Terima kasih Pak Anjang dan yang seangkatan dengannya kerana terlibat memastikan infrastruktur komunikasi negara berjalan lancar. Sat 27-Aug-2005 17:01
Posted by:Along @ Abu Hannah kelamai@gmail.com  - [Link]
selamat maju jaya buat abe tun...semoga suscess selalu disamping keluarga tercinta. ekin doakan semoga kenangan manis dan pahit selama berkhidmat di telekom membawa sepenuh pengertian yang tidak bisa dilupakan. Fri 28-Jul-2006 05:05
Posted by:ekin cyberjaya
A'kum, en.tun, apa khabar?kenal saya tak?saya dulu sama2 kerja kat action centre serdang.Kini saya bekerja di Salak Tinggi pula dan sebelum ini di Dengkil sekejap.Itulah senario keje nampaknya tak pernah kekal disatu2 tempat dengan begitu lama, sekejap2 pindah dan buat keje lain pulak. saya skrg kena buat kerja attend Doket streamyx utk kwsn DK dan Salak Tinggi sebab kontraktor dah tak buat lagi kerja tu mulai 1 hb 8 itu hari. Saya skrg bekerja bersama En. Saharuddin yang dulu pernah bekerja di Cyberjaya bersama2 dgn En. Zulkifli. kenal ke dgn dia?. Ok la buat keje ni,krg penat sikit tp kena byk belajar tentang PC pulak le.Ok lah byk lak citer saya ek...anyway sekarang ni En. Tun buat apa?ada keje baru ke?apa plan dan program selepas VSS ni....kita tak sempat jumpa dan salam untuk ucapan terakhir....dan sebelum saya lupa, saya nak tanya ni,dulu saya ada pinjam duit dgn En. Tun masa kt serdang sebanyak RM 10 dan tak sempat nak bayar,macammana saya nak lunaskan pada En. Tun, kalau perlu bagi no.akaun ke atau macamana?kalau nak senang lagi minta HALAL lagi baik.hehehe...minta maaf gurau je.terpulang lah pd En. Tun ok.
Akhir kata dari saya, Semoga Maju Jaya dengan perancangan dan aktiviti sekarang dan tidak lupa kenangan bersama sepanjang persahabatan kita.....Wassalam dan jumpa2 lagi..InsyaAllah. doakan semoga saya success selalu...Bye2
Tue 15-Aug-2006 05:09
Posted by:zakaria (zack) zaha_cute@yahoo.com
Add comment


Sunday, 6-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Di-Bali

Dengan famili dan menantu kat hotel Rama Beach
Bersama anak2-Tara & Zati
Lawa tak Kuda kat belakang tu
All in the family-kat Pura Besakih
Kat Uluwatu sama anak yg bongsu
Tanah Lot
View all 12 photos...
Pada 22hb.Nov.2004 saya dan famili berkesempatan melancong keIndonesia.Kami ke-Padang,Bukit Tinggi dan Bali.Kami singgah kePadang dulu dan bermalam di Hotel Bumiminang.Esoknya 22/11 kami ke Padang Pariaman sebuah mukim.Kemudian keNuansa Meninjau(atas gunung)menerusi Kelok 44 yg terkenal tu.Membeli belah diBukit Tinggi.Banyak jual kraft2 tangan.Kemudian keBali tapi transit kat Jakarta.Yg perempuan2 dan lagi beli kain kat Tanah abang.Sampai diBali jam 12malam,terus ke Hotel Rama Beach Resort.DiBali-memang betullah disebut"the last heaven on earth"Memang cantek pemandangan2 nya.Banyak pura(kuil)Melawat kuil2 diUluwatu dan Besakih diKintamanis.Shopping kat Ubud dan Tanah Lot.Pemandangan ditepi pantai Tanah Lot memang cantek.Sebelum balek kami sempat ber-SPA.Memang best.Siapa yg belum pergi saya syorkan PERGILAH.

gambo zati klakorr hahahahahahahahhahahahahaha. gambo pakcik encem (bodek ni) hehehe



Sat 12-Mar-2005 09:15
Posted by:ikhsan hai_ecanz@yahoo.com
Eh..eh...gambo patung pakai kain tu macam kembar lak ngan Ti..kih..kih...kih....jangan mare... Mon 14-Mar-2005 07:00
Posted by:Mimi (bini Atan le) mumsie123@yahoo.com
hehehe.. pak jang, awatnya cerita pak jang mcm cikgu suruh buat esei lawatan ke bali bersama keluarga terchentah... ... takpe, next time kita jengjalan reramai...mari kita kecohkan dunia!!! Tue 3-May-2005 02:48
Posted by:et peanut_pet@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Saturday, 5-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mengerjakan Haji diTanah Suci Mekah-2003

Dikedai kasut diJeddah
Dalam kapal terbang.(dah nak balek keMalaysia
Berada diKhemah diMina
View all 6 photos...
Dengan izin Allah dapatlah saya dan isteri menunaikan haji diMekah pada tahun 2003.44hari diMekah dan Madinah ianya adalah sesuatu yang tak dapat saya lupakan untuk selama2nya.Oleh sebab saya buat Haji Tamattuk kami singgah diMadinah dulu.Cuaca agak sejuk ketika itu-antara 10-12degree.Subohnya lagi lah sejuk.Bersolat diMasjid Nabawi ialah sesuatu yang sukar hendak dilupakan.Waktu Maghrib pulak Atap masjid akan dibuka secara otomatik dan masuklah angin yang begitu nyaman dan segar.Lepas tu keMekah.Kemudian berangkat keArafah,Muzdhalifah dan keMina untuk melontar.Maaf mengambil gambar didalam masjid tidak dibenarkan.Security kat masjidil Haram sunggoh strict.Yang ada di Arafah,Mina dan diluar Masjidil Haram.

alhamdulillah Mon 7-Mar-2005 08:36
Posted by:~farah~  - [Link]
alhamdulillah...sememangnya seronok di tanah suci mekah ..tidak terkata... yg belum pernah pergi, cubalah sedaya upaya... Mon 7-Mar-2005 08:46
Posted by:~papa~ profmadredzwan@yahoo.com  - [Link]
Mimi suka sangat tengok gambar Ti kat Masjidil Haram tu, rasa sayu dan hiba sebab Mimi rasa rindu nak ke sana lagi. Kalau ada rezeki, pasti Mimi ke sana lagi. Betul kata orang, sekali menjejak kaki ke Tanah Suci, hati akan sentiasa teringat. Luv u brother. Mon 14-Mar-2005 05:09
Posted by:Mimi (bini Atan le) mumsie123@yahoo.com
Add comment


Friday, 4-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Oleh...Oleh...Bandung

Sampai kat Kota Bandung....
DiJalan Chiampelas,Bandung
DiStesyen Keretapi,Bandung
View all 7 photos...
Saya dan isteri berkesempatan keBandung(yg sebenarnya dua tahun sudah)tapi sekarang baru nak masuk dlm fotopages.Seronok juga melawat tempat diBandung.Bagi mereka yang suka shopping memang sesuai tempat ini.

Welcome to the world of Fotopages ... Please feel free to drop by my page for events, activities and some pics (good or not u decide).... join us if u can... click the link .... Mon 7-Mar-2005 08:05
Posted by:Hasrul @.k.@ DJ Andre hasrulandry@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 3-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Di-Padang

Pemandangan dari atas gunong kat Nuansa Meninjau
Depan Nuansa Meninjau
Aku suka signbord ini
View all 6 photos...
Masa kat Padang kami bermalam kat Hotel Bumiminang.Kemudian keNuansa Meninjau menerusi Kelok44.Nuansa Meninjau ialah sebuahhotel kat atas Gunong.Sejuk sunggoh.Pemandangan dari atas gunong ini memang cantek,sunggoh cantek.Esok nya turun kebawah keBUKIT TINGGI.Tengok jan Gadang dan apa lagi-shoppinglah.Yang naik BENDI pub ada.Makan kat sini OK-macam masakan kita kat Malaysia.Lepastu baru keBali, tapi transit kat Jakarta.

Care to comment?


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.